Cara-cara melupakan seseorang yang pernah kita sayang.
1. Hentikan/Buangkan segala aktiviti-aktiviti yang berkenaan
dengan dia
bila
baru-baru berpisah nih kita macam masih biasa dengan kehadiran dia dalam hidup
kita. jadi segala apa-apa yang berkaitan dengan dia, anda boleh buang
termasuklah :
a) gambar-gambar
semasa anda bahagia bersama
b) segala
message-message romanti bersama
c) no
telefon pun delete jugak incase anda ngade-ngade nak contact balek
d)
barang-barang yang dia bagi especially teddy bear, bebola crystal dan
macam-macam lagi
kalau dia
ada dalam friendlist facebook anda, anda delete je atau lebih kejam anda boleh
BLOCK terus. sebab hati ini akan terasa seakan-akan semakin hiba bila tengok
gamba dia di news feed anda. kalau dia ada blog, jangan jadi follower dia lagi
dah. kalau dia ade twitter, terus unfollow. aku tahu memang sukar tapi fikirlah
untuk kebaikan anda dan cuba tanamkan, aku memang ingin melupakan dia demi
________ *alasan anda berpisah
2. Mengadu dengan Allah dan bukannya dunia maya
ini yang
ramai orang silap ni. kalau berpisah pergi mengadu dekat facebook pastu keadaan
jadi semakin keruh. berbalas-balas sana sini, semua keburukan diceritakan.
kawan-kawan facebook syok-syok je makan popcorn tengok anda fight-fight di news
feed. come on lah ? mengadu kepada benda yang mati buat apa ? sangat better
mengadu kepada Allah yang tidak pernah mati. berceritalah kesedihan kita kepada
Allah dalam doa kerana Allah Maha Mendengar. aku pernah cuba kaedah ini dan
alhamdulillah selepas aku bercerita dalam doa, aku rasakan seakan-akan Allah
mendengar masalah aku ini. hidup aku lebih tenang selepas itu.
Allah itu
memang Maha Kuasa.
3. Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti
betul juga
orang cakap, apabila kita sibuk memang kita takkan fikir sangat masalah kita
kerana focus kita adalah untuk aktiviti yang kita lakukan itu. cuba
tambahkanlah aktiviti kita seperti :
a)
tambahkan solat-solat sunat dan membaca Al-Quran
b) belajar
sesuatu yang baru seperti memasak atau menjahit
c) pergi
turut serta dalam apa-apa program yang membina diri kita
d)
tambahkan waktu belajar supaya boleh dapat 8A, 10A atau 4 felat.
e)
berjogging pada waktu pagi dan petang
f)
libatkan diri dalam program-program kesukarelawan
g) masuk
Halaqah atau Usrah
4. Jangan pernah cuba mencari dia kembali
ini
selalunya akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan. bila dah berpisah tangan
itu masih gatal untuk mencari tahu pasal lelaki yang telah meninggalkannya itu.
lepas sudah berpisah, terus jadi stalker terhebat. segala perkembangan lelaki
itu dipantau. masih lagi tengok-tengok gamba dia. cari tahu lagi apa-apa cerita
terkini tentang lelaki itu. cuba contact-contact dia dekat hp mahupun dunia
maya kembali. tenung gamba dia lama-lama dan save gamba baru diupload oleh dia
di facebooknya.
like seriously, bila kau nak mulakan hidup baru nih ? #sarcasm
like seriously, bila kau nak mulakan hidup baru nih ? #sarcasm
5. Cuba fikir memang dia bukanlah untuk anda
cuba fikir
apa keburukan dia yang paling anda tidak suka ? gunakanlah itu sebagai alat
untuk anda menghilangkan dia dalam hidup anda. sebagai contoh dia pernah
terkutuk dan terhina anda, jadi cuba tanamkan kata-kata berbunyi seperti ini :
"one day aku akan jumpa orang yang lebih baik
daripada dia"
"akan aku buktikan aku boleh hidup tanpa kau"
"kau dah khianati aku, buat apa aku masih bersedih
untuk kau"
"aku dilayan bagai sampah disisi kau, biarlah aku
cari orang yang boleh layan aku bak mutiara".
cara ini
insyallah dapat membuatkan anda cepat lupakan seseorang itu. sebenarnya aku
tidak berapa galakkan cara ini kerana ianya menjurus kepada permusuhan tetapi
memang tidak dapat disangkal lagi bahawa cara ini memang mempunyai peratusan
keberhasilan yang tinggi. #fakta
6. Cuba alihkan perhatian anda apabila setiap kali teringat dia
kadang-kadang
tipulah kalau baru-baru berpisah tidak terfikirkan dia kan. tapi cubalah
alihkan perhatian anda bila teringat detik-detik anda bersama. apabila sedang
terbayang-bayang tuh kan cepat-cepat fikirkan azam anda untuk mulakan hidup
baru tanpanya. insyallah akan berhasil.
7. Terima hakikat bahawa anda dan dia sudah tiada jodoh bersama
cuba fikir
semudah ini sahajalah,
"Bukan dia yang telah Allah tetapkan sebagai peneman
dunia dan akhiratku"
kalau kita
percaya kepada kuasa Allah, kita akan tahu bahawasanya Allah Maha Mengetahui
tentang segala-galanya dan dia akan berikan apa yang terbaik buat kita. kita
teruskan hidup dan insyallah
"hari ini hujan lebat tapi esok lusa mesti datangnya
mentari yang akan menyinari".
8. Cari orang yang boleh memberikan anda sokongan dan dorongan
bukan
semua kawan baik sebenarnya. jadi, anda carilah kawan yang anda rasa boleh kita
bergantung harap kepada dia untuk dia berikan kata-kata semangat yang bagus
buat kita. plus, janganlah pernah malu dan segan untuk menceritakan kepada ibu
bapa kita kerana tiada orang yang lebih memahami kita selain daripada ibu dan
bapa kita sendiri. jadi insyallah mereka akan berikan anda kekuatan dan
sokongan yang anda perlukan. :)
kebanyakan
masalah susah melupakan adalah berpunca daripada diri kita sendiri. kalau hati
kita sendiri sudah tidak rela dia pergi dari hidup kita, sampai bila-bilalah
kita akan sentiasa begitu. semuanya bergantung kepada sekuat mana azam kita
untuk memulakan hidup baru tanpa si dia disisi lagi. aku tahu memang bukan
mudah untuk melupakan orang yang pernah kita sayang tapi kalau kita tidak paksa
diri kita sampai bila kita dapat melupakan dia ? terimalah kenyataan bahawa dia
bukan yang terbaik buat kita dan Allah telah menulis takdir kita untuk berjumpa
dengan orang yang seribu lebih baik daripada si dia pada masa hadapan.
insyallah.
cubalah kita berfikir semudah ini pula. kehidupan kita ini terlalu singkat untuk kita bersedih sepanjang masa. dia pun sudah dapat memulakan hidup baru dan kita bila lagi ? dia sudah pun dapat menerima kenyataan terhadap perpisahan dan sudah mula kembali gembira dalam hidupnya. jadi, kenapakah kita harus berkelakuan sebaliknya ? fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. hihi. jadi aku ambil peluang ini untuk memberikan nasihat kepada semua orang diluar sana ternasuklah aku. hargailah pasangan kita sebaik yang mungkin kerana antara punca perpisahan adalah kerana dia tidak layak buat kita atau kita sendiri yang memang tidak layak buat dia. lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. :)
cubalah kita berfikir semudah ini pula. kehidupan kita ini terlalu singkat untuk kita bersedih sepanjang masa. dia pun sudah dapat memulakan hidup baru dan kita bila lagi ? dia sudah pun dapat menerima kenyataan terhadap perpisahan dan sudah mula kembali gembira dalam hidupnya. jadi, kenapakah kita harus berkelakuan sebaliknya ? fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. hihi. jadi aku ambil peluang ini untuk memberikan nasihat kepada semua orang diluar sana ternasuklah aku. hargailah pasangan kita sebaik yang mungkin kerana antara punca perpisahan adalah kerana dia tidak layak buat kita atau kita sendiri yang memang tidak layak buat dia. lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. :)
Usaha Tawakal InsyaAllah dipermudahkan
Amalkan baca ayat 39 Surah Ar R'ad
(Sambil tangan pegang kepala atau dada dan selepas tu buangkan jauh-jauh
yang bermaksud ;
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang
dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan"