Monday, September 24, 2012

Usaha Tawakal



 
Cara-cara melupakan seseorang yang pernah kita sayang.

1. Hentikan/Buangkan segala aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan dia
bila baru-baru berpisah nih kita macam masih biasa dengan kehadiran dia dalam hidup kita. jadi segala apa-apa yang berkaitan dengan dia, anda boleh buang termasuklah :

a) gambar-gambar semasa anda bahagia bersama
b) segala message-message romanti bersama
c) no telefon pun delete jugak incase anda ngade-ngade nak contact balek
d) barang-barang yang dia bagi especially teddy bear, bebola crystal dan macam-macam lagi

kalau dia ada dalam friendlist facebook anda, anda delete je atau lebih kejam anda boleh BLOCK terus. sebab hati ini akan terasa seakan-akan semakin hiba bila tengok gamba dia di news feed anda. kalau dia ada blog, jangan jadi follower dia lagi dah. kalau dia ade twitter, terus unfollow. aku tahu memang sukar tapi fikirlah untuk kebaikan anda dan cuba tanamkan, aku memang ingin melupakan dia demi ________ *alasan anda berpisah

2. Mengadu dengan Allah dan bukannya dunia maya
ini yang ramai orang silap ni. kalau berpisah pergi mengadu dekat facebook pastu keadaan jadi semakin keruh. berbalas-balas sana sini, semua keburukan diceritakan. kawan-kawan facebook syok-syok je makan popcorn tengok anda fight-fight di news feed. come on lah ? mengadu kepada benda yang mati buat apa ? sangat better mengadu kepada Allah yang tidak pernah mati. berceritalah kesedihan kita kepada Allah dalam doa kerana Allah Maha Mendengar. aku pernah cuba kaedah ini dan alhamdulillah selepas aku bercerita dalam doa, aku rasakan seakan-akan Allah mendengar masalah aku ini. hidup aku lebih tenang selepas itu. 
Allah itu memang Maha Kuasa.

3. Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti
betul juga orang cakap, apabila kita sibuk memang kita takkan fikir sangat masalah kita kerana focus kita adalah untuk aktiviti yang kita lakukan itu. cuba tambahkanlah aktiviti kita seperti :

a) tambahkan solat-solat sunat dan membaca Al-Quran
b) belajar sesuatu yang baru seperti memasak atau menjahit
c) pergi turut serta dalam apa-apa program yang membina diri kita
d) tambahkan waktu belajar supaya boleh dapat 8A, 10A atau 4 felat.
e) berjogging pada waktu pagi dan petang
f) libatkan diri dalam program-program kesukarelawan
g) masuk Halaqah atau Usrah

4. Jangan pernah cuba mencari dia kembali
ini selalunya akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan. bila dah berpisah tangan itu masih gatal untuk mencari tahu pasal lelaki yang telah meninggalkannya itu. lepas sudah berpisah, terus jadi stalker terhebat. segala perkembangan lelaki itu dipantau. masih lagi tengok-tengok gamba dia. cari tahu lagi apa-apa cerita terkini tentang lelaki itu. cuba contact-contact dia dekat hp mahupun dunia maya kembali. tenung gamba dia lama-lama dan save gamba baru diupload oleh dia di facebooknya.
like seriously, bila kau nak mulakan hidup baru nih ? #sarcasm

5. Cuba fikir memang dia bukanlah untuk anda
cuba fikir apa keburukan dia yang paling anda tidak suka ? gunakanlah itu sebagai alat untuk anda menghilangkan dia dalam hidup anda. sebagai contoh dia pernah terkutuk dan terhina anda, jadi cuba tanamkan kata-kata berbunyi seperti ini :
"one day aku akan jumpa orang yang lebih baik daripada dia"
"akan aku buktikan aku boleh hidup tanpa kau"
"kau dah khianati aku, buat apa aku masih bersedih untuk kau"
"aku dilayan bagai sampah disisi kau, biarlah aku cari orang yang boleh layan aku bak mutiara".
cara ini insyallah dapat membuatkan anda cepat lupakan seseorang itu. sebenarnya aku tidak berapa galakkan cara ini kerana ianya menjurus kepada permusuhan tetapi memang tidak dapat disangkal lagi bahawa cara ini memang mempunyai peratusan keberhasilan yang tinggi. #fakta

6. Cuba alihkan perhatian anda apabila setiap kali teringat dia
kadang-kadang tipulah kalau baru-baru berpisah tidak terfikirkan dia kan. tapi cubalah alihkan perhatian anda bila teringat detik-detik anda bersama. apabila sedang terbayang-bayang tuh kan cepat-cepat fikirkan azam anda untuk mulakan hidup baru tanpanya. insyallah akan berhasil.

7. Terima hakikat bahawa anda dan dia sudah tiada jodoh bersama
cuba fikir semudah ini sahajalah,
"Bukan dia yang telah Allah tetapkan sebagai peneman dunia dan akhiratku"
kalau kita percaya kepada kuasa Allah, kita akan tahu bahawasanya Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya dan dia akan berikan apa yang terbaik buat kita. kita teruskan hidup dan insyallah
"hari ini hujan lebat tapi esok lusa mesti datangnya mentari yang akan menyinari".

8. Cari orang yang boleh memberikan anda sokongan dan dorongan
bukan semua kawan baik sebenarnya. jadi, anda carilah kawan yang anda rasa boleh kita bergantung harap kepada dia untuk dia berikan kata-kata semangat yang bagus buat kita. plus, janganlah pernah malu dan segan untuk menceritakan kepada ibu bapa kita kerana tiada orang yang lebih memahami kita selain daripada ibu dan bapa kita sendiri. jadi insyallah mereka akan berikan anda kekuatan dan sokongan yang anda perlukan. :)

kebanyakan masalah susah melupakan adalah berpunca daripada diri kita sendiri. kalau hati kita sendiri sudah tidak rela dia pergi dari hidup kita, sampai bila-bilalah kita akan sentiasa begitu. semuanya bergantung kepada sekuat mana azam kita untuk memulakan hidup baru tanpa si dia disisi lagi. aku tahu memang bukan mudah untuk melupakan orang yang pernah kita sayang tapi kalau kita tidak paksa diri kita sampai bila kita dapat melupakan dia ? terimalah kenyataan bahawa dia bukan yang terbaik buat kita dan Allah telah menulis takdir kita untuk berjumpa dengan orang yang seribu lebih baik daripada si dia pada masa hadapan. insyallah.

cubalah kita berfikir semudah ini pula. kehidupan kita ini terlalu singkat untuk kita bersedih sepanjang masa. dia pun sudah dapat memulakan hidup baru dan kita bila lagi ? dia sudah pun dapat menerima kenyataan terhadap perpisahan dan sudah mula kembali gembira dalam hidupnya. jadi, kenapakah kita harus berkelakuan sebaliknya ? fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. hihi. jadi aku ambil peluang ini untuk memberikan nasihat kepada semua orang diluar sana ternasuklah aku. hargailah pasangan kita sebaik yang mungkin kerana antara punca perpisahan adalah kerana dia tidak layak buat kita atau kita sendiri yang memang tidak layak buat dia. lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. :)

Usaha Tawakal InsyaAllah dipermudahkan

Amalkan baca ayat 39 Surah Ar R'ad
(Sambil tangan pegang kepala atau dada dan selepas tu buangkan jauh-jauh



yang bermaksud ;
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang 
dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan"



Tuesday, August 14, 2012

AidilFitri






Salam Ramadhan & Lebaran  1433 Hijrah 


Keikhlasan hati untuk saling memaafkan, 

Memberi makna berharga dalam kehidupan,

Andai jemari tak mampu berjabat,

Langkah kaki tak mampu bertemu, 

setidaknya ingatan terungkap Setulus Hati 



Maaf Zahir & Batin 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 




Thursday, June 07, 2012

Jaga-jagalah mata anda.


‎7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.


1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.



2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.


3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)

Monday, May 21, 2012

1 Rejab

Bismillahirrahmannillrahim.

Memulakan bulan Rejab mu dengan bacaan doa.


Bacala lepas waktu asar dan banykkan berdoa pada malam di bulan Rejab. 

Actually banyak peristiwa yang berlaku didalam bulan Rejab. Mari kita kaji dan amalankan. InshaAllah dipermudahkan. 

Pengertian, Peristiwa dan Kelebihan Bulan Rejab 
Assalamualaikum WRT, sedar tidak sedar, hari ni, 21 May 2012 Rejab 1433H. Antara bulan-bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman. Sabda Rasulullah SAW "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulan Ku dan bulan ramadhan bulan umatku". Berdasarkan hadith tersebut, marilah kita mengimarahkan bulan ini disamping kita menjalankan kerja-kerja amal-amal Islami dan Jama'ie. Berikut adalah sedikit santapan atau pun peringatan buat semua pembaca mengenai bulan Rejab.

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Kelebihan bulan Rejab.
01. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

02. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

03. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

04. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

05. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

06. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

07. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

08. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

09. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hariISRAK-MIKRAJ.

26. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

27. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

28. REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

29. REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

30. REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.




Sunday, May 20, 2012

For the second time.




آمِيّنْ… آمِيّنْ… أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Akhirnya aku berjaya menyiapkan Carrot Cake with cream cheese frosting.
Auuww rasa teruja sangat. Duduk sesorang dekat rumah bosan. masuk dapur codekcodek barang yang boleh dimasak. Terjumpe Carrot and cheese. :) 

After prepared for lunch kite terus buat kek. Yeah!

Hasilnya: 


Senyum sampai pipi :) 

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan /Kismis (100 g)
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) – saya guna tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola  ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen
Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut
Cara penyediaan
1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul  ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.
** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.
Cara penyediaan frosting
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai frosting.
Thanks :) Kenyang. Alhamdulillah

 

Thursday, May 10, 2012

Kerindunan dan Keinsafan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Alhamdulillah dengan keizinan dan keredhaan Yang Maha Esa aku dapat menjejak kaki ke Tanah Suci Mu.
Segala keinsafan dan ke pohon maaf serta taubat berdoa pada yang Maha Berkuasa.
Kagum sungguh aku melihat ciptaan mu Ya Allah. Pelbagai pengalaman yang tidak dapt dilupekan. Kite dapat saudara baru 'BFF' .hehe! 

Benarlah kata orang, Bile berada di Tanah Suci Makkah Al Mukkaramah kita harus jaga percakapan, perbuatan, akhlak eh senang kata semua la kena jaga. :) * Aku pun dah terkena sekali. insaf!
Berlaku depan masa sendiri. Nauzubillah. Ya Allah jauhkan aku dari dugaanmu. 

Ini untuk tatapan semua. 

Kabbah


Masjidil Haram 

 Dataran Kabbah 


                                                                                                          Pintu 79 :)


 Perigi lama Zam Zam 


Pelan Makkah Al Mukkaramah 

Al Quran Permata yang ditulis dengan tangan. 


Kesemua unta akan menghadap ke arah Kiblat





Jabbal Rahmah: Berdoa la anda disana :) InshaAllah


Aaauww! KFC at Makkah 




Terbang - terbang. 

InshaAllah aku akan datang kembali dengan keizinan Mu Ya Allah 
kenangan tak dilupekan  

Wasalam. tata~